
Sejarah

Oleh itu, penduduk kampung telah mencadangkan supaya sebuah sekolah dapat didirikan di kawasan mereka. Cadangan itu telah diterima baik oleh ketua kampung. Pada masa itu ketua kampung di kampung penontomon ialah K.K Borok Sibawon dan beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan. Tidak berapa lama kemudian, permohonan ini telah diluluskan oleh phak kerajaan. Sementara itu K.K Borok Sibawan telah menyelidiki tempat yang sesuai untuk tapak mendidikan sekolah.
Hasil daripada penyelidikan beliau, maka kampung penontomon adalah tempat yang sesuai kerana terletak di tengah-tengah empat buah kampung iaitu kampung Layon, kampung katalarus, Kampung Susuan dan kampung penontomon sendiri. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua penduduk keempat-empat buah kampung.
Akhirnya melalui projek gotong-royong dari semua penduduk kampung keempat-empat buah kampung, sekolah ini berjaya didirikan dan siap dibina pada tahun 1971 dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Penontomon.